Apa yang anda perhatikan itu...??? Itu bukannya aktiviti kait buah rambutan.. dan pokok tu bukannya pokok rambutan atau pelam...Tapi satu kejadian telah berlaku di jalan koperasi 6... Lebih kurang jam 7 petang tadi.... satu operasi menyelamat telah dijalankan oleh ahli Kelab JK6. Mangsa yang terperangkap adalah seekor kucing yang comel... tempat kejadian di atas pokok jalan koperasi 6 betul-betul disebelah rumah seorang ahli kelab JK6 iaitu Zuri.. Jadi mari kita saksikan sedikit laporan yang telah disediakan ini...
Lokasi kejadian... Arif bukan kait buah tapi kait seekor kucing yang terperangkap di atas pokok... Punca kejadian amat misteri sekali... saksi kejadia tak dapat nak nyatakan bagaimana mangsa bileh terperangkap di atas pokok...
Dua orang yang pegang kain itu bukannya nak berteduh... tapi untuk sambut mangsa jika ianya jatuh... Arif masih lagi jolok menjolok... bukan jolok buah tapi jolok mangsa yang terperangkap di atas pokok... tapi usaha mereka gagal kerana mangsa di dipercayai dalam ketakutan yang terlampau....
Ini lah mangsa kejadian.... pandai panjat tapi tak pandai turun...
Sapa la tuan punya mangsa... Kerajaan disarankan untuk memberi hukuman rotan kepada tuan mangsa kerana lalai atau abikkan mangsa yang tengah kesedihan itu...
Cubaan kedua dijalankan.... ahli penyelamat cuba mencapai mangsa... Penyelamat yang bertugas ini bernama Adhar... dilihat dia sedang mengtenteramkan mangsa yang tengah ketakutan...
Adakah Adhar cuba bersalaman dengan magsa atau cuba berkenalan dengan mangsa terlebih dahulu..? kalau betul ini adalah satu cara terbaru untuk tenteramkan mangsa... HEBAT...
Adhar kelihatan gusar.... pujuk rayu yang diprektikkan tak berjaya dilakukan..... nampaknya cubaan gagal... kayu kat belakan mangsa tu bertujuan untuk kolak bontot mangsa supaya mangsa bergerak... tapi masih lagi gagal....
Nampakkan cubaan kedua telah gagal.... Ahli penyelamat adhar kelihatan amat kecewa sekali... kayu tu masih lagi jolok bontot mangsa...
Adhar menyerah kalah kali ni.... dia tengah pening kepala... mangsa masih lagi terperangkap...
Tuan mangsa... bersedia dari bawak untuk sambut mangsa.... ni kalau mangsa report kat jabatan haiwan comform tuan mangsa kena dakwa kat makhamah..
Mangsa kelihatan hampir-hampir terjatuh.... bertahan.................
Comelnya mangsa.... jantina mangsa dipercayai jantan.... hehehehehe..... cepat... selamatkan mangsa cepat..... dah nak jatuh dah tu.........
Akhirnya salah seorang ahli penyelamat telah tekad untuk melakukan cubaan kedua... adakah dia akan berjaya....?
Ia.......... akhirnya mangsa berjaya dipujuk dan ditarik turun oleh ahli penyelamat arif.... syabas Arif.....................
Akhirnya penantian berakhir jua... Arif berjaya menyelamatkan mangsa yang tersangkut... harap lepas ni Tuabn punya mangsa buat zakat sikit kat meja bulat...
Mangsa berjaya diturunkan dengan selamat dan sihat.... Mangsa kelihatan gembira dan lemah... sebab masa terperangkao tadi banyak menggunakan tenaga.... Syabas sekali lagi Arif... ko lah penyelamat Negara dan Bangsa...
Azirah kelihatan gembira sekali... wajahnya mencerminkan tanda syukur kerana mangsa dapat diselamatkan....
Adhar kelihatan amat kecewa kerana gagal menyelamatkan mangsa... selepas dari kejadian itu dia dipecat dalam ahli penyelamat.... hehehehehe.........
Abang Basha sunggu gembira tak terkata..... operasi berjalan dengan baik..... senyumannya itu mungkin dia akan buat makan-makan lepas ni...
(air oren jangan lupa).............
Lelaki kacak dan bergaya ini yang bernama Mad Ben10... mempunyai akaun tahap jutawan.. ...... menunjukkan simbol kepala kucing tanda gembira kepada penyelamat..... Syukur....... melemparkan senyuman yang bermakna.........
Syukur kepada Allah sebab operasi ini berjalan dengan jayanya..... Lepas itu kepada sesiapa yang mempunyai kucing.... sila jaga... jangan lepaskan...... pesanan ini ditaja oleh Pengerusi Kelab JK6... Akhir kata syabas kepada ahli penyelamat kelab JK6 kerana berjaya menyelamatkan mangsa yang terperangkap di atas pokok....
Sekian........
5 Februari 2010 pada 10:27 PG
Comeynye.....