Dah lama blog ni tak ada entri baru... bukan tak ada aktiviti cuma dalam waktu sekarang ni semuanya agak sibuk sikit... entah le... Hari ni penghulu JK6 ada buat bihun sup tulang gear box.. terangkat... bukan beli tapi buat sendiri... kak yang buatkan (lain kali buat lagi.. sambal buat banyak sikit).. kak memang pandai masak (bukan nak bodek).. Ramai jugak le ahli yang hadir... seronok gak sembang-sembang sambil makan.. hehehehe.. sambil makan sambil mengumpat... hehehehe... bukan lah.. ahli JK6 tak mengumpat ye... sembang-sembang je... hal lelaki.... lagi pun dah lama sangat tak duduk sembang macam ni... banyak cerita yang diketengahkan...


Kepala sape ni?? hehehehehe... cuba teka...???

Eddy tengah melabun... hehehehe biasa le dia tu... melabun kuat... (sorry bang.. nampak dahi je..)


Eddey melabun lagi... hehehehehe... banyak kisahnya... mat dari tadi dok pegang pinggang je.. tektik nak balik le tu...



Nazri duduk terkangkang... ni sorang lagi... selalu menghilang...(bukan gi umah no 2 ye) ni baru ada... asyik-asyik gi terjun heli je kejanya... buat-buat le duduk rumah.....


Sorry Nazri... separuh badan le pulak... tapi pose tetap sama... hehehehehe.... makan sudah, minih pun sudah... hisap rokok berkotak-kotak... insaf le bang... kak marah tu... nanti kena tido luar susah...

Bergini le aktiviti kami malam-malam (kecuali hujan).... bagus jugak... banyak berita yang lek kita tahu.... Pada para-para isteri... anda tak payah nak risau... suami anda ada duduk bersembang kat depan padang.... hehehehehe.... kalau suami lambat balik.... anda tahu mana nak cari suami anda... hehehehehe....
Sekian.......






date Sabtu, 5 Disember 2009

Aktiviti kali ini adalah satu misi khas untuk cuba menakluki Puncak Bukit Kledang.. Misi ni tak boleh ramai-ramai... hanya orang tertentu je yang layak menaklukinya.. Jika misi ini berjaya.. banyak lagi bukit-bukit yang akan kami takluki.. bukan sekadar bukit tapi gunung pun kami akan takluki..

Dalam misi kali ini Kelab telah membuat pemilihan yang ketat kepada semua ahli yang berdaftar untuk menyertai misi ini.. Banyak ujian telah diadakan antaranya ujian kecerdasan dan kecergasan, ujian ketepatan masa, ujian pemulihan semangat dan ujian motivasi. Tujuan ujian ini diadakan bukanlah untuk menyusahkan ahli tetapi hanya untuk memilih peserta yang betul-betul layak sahaja, memilih yang terbaik dari yang terbaik.. Dari ujian-ujian yang telah diadakan.. akhirnya hanya 3 sahaja daripada kesemua ahli yang berdaftar yang mempunyai sifat-sifat penaklukan yang sejati.. yang lain belum lagi mencapai tahap maksima.. (tak pe tahun depan cuba lagi).. hehehehe.. Jadi calun-calunnya ialah Adhar, Afif dan juga Lan..

Nampaknya di kaki bukit sebelum misi penaklukan.. Adhar dan Arif memberi isyarat untuk mulakan misi ini.. dianggarkan mereka terpaksa merempuhi banyak halangan sepanjang 5km sepanjang perjalanan.. harap mereka selamat pergi dan selamat kembali...


Nampaknya 3km pertama Lan telah menampakkan keletihannya.. keletihan yang amat sangat.. tetapi kami difahamkan Adhar serta Arif cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangat Lan yang semakin luntur untuk meneruskan misi penaklukan ini... akhirnya mereka bertiga telah pasakkan semangat JK6 untuk cuba menakluki bukit tersebut...

Setelah jauh mendaki bukit Kledang.. akhirnya mereka telah berjaya juga sampai ke puncak Bukit Kledang.. TAHNIAH.... buat mereka... banyak halangan dan rintangan yang terpaksa mereka harungi dan tempohi... dengan azam dan semangat JK6 BOLEH yang mereka bekalkan akhirnya mereka berjaya juga mengharumkan nama Kelab JK6... (Mana gambar Lan)

Sebelum mereka pulang.. mereka menikmati keindahan bandaraya ipoh yang menawan di waktu pagi.. kepenatan yang dihadapi sebelum ini hilang bergitu sahaja kerana kejayaan mereka sampai kepuncak.. TAHNIAH sekali lagi buat mereka... sebelum mereka pulang.. mereka memasang tekad untuk menakluki bukit atau gunung selepas ini................ Merekalah kebanggaan JK6 dan mereka wira kami..........

Sekian.................................


date Selasa, 10 November 2009

SENARAI NAMA KOMUNITI - JALAN KOPERASI 6

BIL

NO RUMAH

NAMA

NO TELEFON RUMAH/ BIMBIT

EMAIL/ FACEBOOK

1

1

ABDUL RAHMAN B. MAT

019-5719510

2

11

AZURI

3

13

ARIF B. ABU

013-4581394

4

15

MOHD AZIAN B. ABDUL HAMID

017-5707855

5

17

ALIAS B BAKAR

017-4816400

6

19

AHMAD ZAMRI B. KASIM

012-5902743

7

21

KESAVEN

8

23

RASHID

9

25

ZAHARIL

10

27

MAT ADNAN

11

29

AHMAD AZRUL

019-5761320

12

31

AZZA WIRA

019-4955355

13

33

ABDUL HADI B. HASSAN

017-5110902

013-4495534

14

35

MOHD NOR ADHAR B. AHMAD

012-5526384

15

37

LIMA DEVI

019-5551959

16

39

MOHD SABRI

17

41

HARIZAN B. HASSAN

013-4442372

18

43

AZMI B. YAHYA

013-5133662

19

45

JOHN KENNEDY

20

47

MAT SHAFIE B. KAMARUDDIN

017-5789007

21

49

FIHRDAUS B. SAMSUDIN

017-5723067

22

51

ZULKIFLI B. KAMARUDDIN

23

53

AHMAD BASIRRUDDIN

019-5060016

24

55

MOHD SHAZLAN B. MOHD ISA

013-5205523

25

57

EDI SYAWAL B. HASSAN BASRI

012-5937974

26

75

HASBULLAH B. OSMAN

019-5051844

JuMLaH PaPaRaN HaLaMaN