Nampaknya di kaki bukit sebelum misi penaklukan.. Adhar dan Arif memberi isyarat untuk mulakan misi ini.. dianggarkan mereka terpaksa merempuhi banyak halangan sepanjang 5km sepanjang perjalanan.. harap mereka selamat pergi dan selamat kembali...
Nampaknya 3km pertama Lan telah menampakkan keletihannya.. keletihan yang amat sangat.. tetapi kami difahamkan Adhar serta Arif cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangat Lan yang semakin luntur untuk meneruskan misi penaklukan ini... akhirnya mereka bertiga telah pasakkan semangat JK6 untuk cuba menakluki bukit tersebut...
Setelah jauh mendaki bukit Kledang.. akhirnya mereka telah berjaya juga sampai ke puncak Bukit Kledang.. TAHNIAH.... buat mereka... banyak halangan dan rintangan yang terpaksa mereka harungi dan tempohi... dengan azam dan semangat JK6 BOLEH yang mereka bekalkan akhirnya mereka berjaya juga mengharumkan nama Kelab JK6... (Mana gambar Lan)
Sebelum mereka pulang.. mereka menikmati keindahan bandaraya ipoh yang menawan di waktu pagi.. kepenatan yang dihadapi sebelum ini hilang bergitu sahaja kerana kejayaan mereka sampai kepuncak.. TAHNIAH sekali lagi buat mereka... sebelum mereka pulang.. mereka memasang tekad untuk menakluki bukit atau gunung selepas ini................ Merekalah kebanggaan JK6 dan mereka wira kami..........
Sekian.................................